Tuesday, August 9, 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1.Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.
Makan, minum dan merokok membatalkan puasa.
Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam


2.Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?

Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.


3. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi
junub tersebut membatalkan puasa saya?

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)


4. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. Samalah keadaannya jika
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.


5.Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan
sukan renang?

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan
dari terbatalnya puasa.


6.Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput)
ketika berpuasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.


7.Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.


8.Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya.
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.


9.Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

p/s : selamat menjalani ibadah puasa..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Sunday, August 7, 2011

kuliah Ramadhan

sangat berbeza menyambut Ramadhan di tempat orang..
slalu aku berterawih di khemah qaryah Ramadhan depan SSM4 kelantan..
tahun nih aku berterawih di masjid felda chini timur 2 pahang..

slaunye tempat aku sesudah solat isya terus solat terawih 4 rakaat dan diselangi dengan tazkirah sebelum menyambung 4 rakaat lagi berserta solat sunat witir..

tapi yang berlaku disini sesudah solat isya' diteruskan dengan tazkirah selama lebih kurang 30minit dan selepas itu solat terawih 8rakaat beserta solat sunat witir 3 rakaat dan disudahi dengan berzikir..

disini tiada kedai2 yang menjual colek2 seperti di kelantan..
huhu..sudah agak lame xjejakkan kakiku di bumi kelantan..
akanku jejakkan jua xlama lagi..insyaAllah..

wslm

salam Ramadhan

pejam celik pejam celik Ramadhan menjelma lagi.
alhamdulillah..syukur padaMU ya Allah kerana memberi paluang untukku berjumpa Ramadhan lagi skali..

alhamdulillah aku dapat menunaikan solat terawih tanpa miss lagi..
aku tertarik pada ayat seorang ustaz yang menyampaikn tazkirah..

dahulu 'Ya Ramadhan..kedatanganmu dirai pemergianmu ditangisi'..
tapi manusia sekarang dah jadi lain dah..
'Ya Ramadhan..kedatanganmu ditangisi pemergianmu dirai'.

hati kecilku bertanya 'knape ye??'
penjelasan ustaz :
'eh..minggu depan nak puase dah..baju raye dah tempah blom??'
ataupon setelah 2 3 hari berpuasa..'sempat ke x siap baju raye aku tahun nih??'

itulah yang berlaku sekarang..

renung2kan dan selamat beramal...

wslm

Monday, March 28, 2011

kehidupan...

assalamualaikum..lame sgt dah aku xupdate blog ni..bukan xde mase tapi xtahu ape yg nak diupdatekan..

2011 dah nak masuk bulan april dah..cepat sungguh masa berlalu..pejam celik dah nak masuk bulan 4..aku pon dah nak bergelar 'daddy'..tunggu masa je ni..aku pulak still xbekerja..

tanggal 27/2 ayah aku telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung..alhamdulillah..sekarang beliau semakin pulih n bertenaga semula..aku sangat2 bersyukur aku xbekerja...kalau aku bekerja kompem xkan ade orang manage adik2 aku yg bersekolah..alhamdulillah..

skarang ni turn aku untuk jaga wife tercinta..tunggu masa je nak besalin..kadang2 aku terfikir kalau la aku bekerja..bos aku akan bagi cuti ke utk jaga wife aku ni??hurmm..aku rase xmungkin..

pasal kerja plak..alhamdulillah bisnes yg aku buat skrg ni smakin berkembang..mungkin xcepat tapi still ade progress..aku yakin Allah sentiasa bersama..Allah xzalim..rezeki tu ade tapi lambat or cepat je..mungkin hari ni..mungkin esok..mungkin bulan depan..xde sape tahu..cuma perlu sabar dan slalu dekat denganNya..aku xkan berhenti berdoa..xkan berhenti berharap..

insyaAllah...
i'll find my way...